25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tonton dahulu sebelum kritik – Fazura

Mesti Baca

PELAKON Nur Fazura menasihatkan penonton untuk tidak terburu-buru mengkritik sebelum menonton filem terbaru lakonannya, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu mengulas demikian susulan tercetusnya perbalahan di media sosial berhubung busana karakter srikandi yang digayakan dalam naskhah berkenaan.

“Saya berharap penonton janganlah mencari silap, tonton dulu dan datang dengan minda positif.

“Seperti yang diberitahu penerbit, kita belum tengok lagi filem itu tapi sudah kritik awal-awal.

“Saya tahu di luar sana ramai suka kritik filem Melayu, apabila dah keluarkan karya yang berkualiti sebegini, apa kata kita sama-sama mendukungnya.

“Ini kerana saya rasa mesej disampaikan bagus serta berasaskan agama serta menyuntik semangat juang dalam diri kita,” katanya ketika ditemui pada sidang media tayangan filem berkenaan, semalam.

Fazura, 40, berkata, dia yakin dengan keputusan pengarah untuk memilih apa-apa kostum dirasakan sesuai kerana dia terlebih dulu membuat kajian mengenai keseluruhan jalan cerita yang ingin disampaikan.

Aktres itu berkata, pakaian digunakan pelakon wanita direka bertujuan memudahkan pergerakan terutama apabila skripnya banyak menuntut srikandi turut bertempur.

“Dari segi logik, pakaian itu memang memudahkan srikandi untuk berperang bahkan ia juga dicipta untuk menutup aurat kami,” katanya.

Baru-baru ini tular komen pengguna di media sosial yang mengecam busana diperagakan pelakon wanita yang disifatkan tidak sesuai kerana terlalu bertutup-litup.

Advertisements

Mengulas cabaran perlu ditempuhinya, Fazura berkata dia perlu menjayakan babak menunggang kuda yang menimbulkan kerisauan.

Katanya, dia bimbang sekiranya terjatuh sewaktu melakonkan aksi dikehendaki pengarah dan ia sekali gus mendatangkan kesan buruk pada saluran peranakannya.

“Ketika hari pertama di set penggambaran saya sudah cedera. Tapi memang setiap hari saya ada berdoa jangan jatuh kuda sebab mana tahu jika teringin nak bersalin lagi.

“Walaupun ada asas tunggang kuda sejak kecil tapi saya tetap risaukan tentang peranakan saya.

“Itu sebab apabila saya tengok adik-adik lain berlakon sampai kuda mereka jatuh, saya pun jadi risau juga,” katanya.

Namun begitu, Fazura menafikan dirinya sedang merancang untuk hamil anak kedua.

Katanya, ketika ini dia masih terikat dengan kesibukan jadual lakonan dan enggan kehamilan mengganggu kesihatan diri dan bayinya.

 “Saya dan Fattah ada perancangan keluarga tak mahu nanti dah tandatangani kontrak tiba-tiba hamil.

“Saya lihat ramai rakan-rakan yang tiba-tiba terhamil dan situasi itu menjejaskan kesihatan dan bayi dikandung.

“Sebagai manusia bertanggungjawab ini langkah yang saya kena ambil supaya boleh beri komitmen sepenuhnya pada karier,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan