29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Kalimah Allah: Orang ramai diminta bertenang, berhati-hati

Mengelak daripada terpengaruh dengan sentimen yang tidak berasas bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian beragama.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai dinasihatkan agar bertenang dan mengambil sikap berhati-hati dalam memberi reaksi terhadap isu penggunaan kalimah Allah kerana ia berkaitan isu teknikal perundangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia juga untuk mengelak daripada terpengaruh dengan sentimen yang tidak berasas bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian beragama.

Menurut beliau, pihaknya mengambil maklum pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menghormati, memperakui dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 7 Februari 2023 yang menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Sultan Selangor, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjaga kemuliaan dan kesucian agama Islam termasuk penggunaan kalimah Allah.

Advertisements

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yakin pihak KDN akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, pihaknya memberi jaminan akan sentiasa bekerjasama dengan pihak KDN dalam melindungi dan memelihara dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan lain-lain kalimah suci dalam agama Islam.

Bekas Menteri Agama sebelum ini, Datuk Dr Zulkifli Mohamad mendedahkan bahawa Sultan Selangor dan Sultan Johor telah menitahkan supaya merayu keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill Ireland Lawrence Bill menggunakan kalimah ALLAH dan beberapa kalimah lain bagi penggunaan orang bukan Islam dalam agama mereka.

Peringatan itu dibuat Zulkifli pada Isnin selepas media melaporkan kerajaan dan KDN menarik balik rayuan pada 18 April lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan