29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Menteri UMNO bangkitkan isu kalimah Allah, esok

Isu berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO kekal dalam mendukung prinsip parti terutama membabitkan Islam sebagai agama Persekutuan, ini termasuk isu penggunaan kalimah Allah.

Sehubungan dengan itu, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, isu berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada esok.

“UMNO akan kekal terus berjuang menegak dan mempertahan Islam sebagai Agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Menteri-menteri UMNO akan membangkitkan perkara ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada esok hari,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, ini kerana isu penggunaan kalimah Allah hendaklah dikendalikan dengan penuh cermat.

Advertisements

Jelas beliau, kerana ia melibatkan sensitiviti agama, kebebasan beragama dan keharmonian antara rakyat berbilang kaum di Malaysia.

“Dalam hal ini, penelitian yang lebih mendalam diperlukan untuk menangani isu ini secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat.

“Penyelesaian yang menyeluruh perlu dibincang dan dicapai, termasuk pendekatan perundangan yang kukuh yang merangkumi rujukan perkara ini ke Mahkamah Persekutuan selain pendekatan bukan perundangan,” ujar beliau.

Terdahulu semalam media melaporkan, Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan