30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kenaikan gaji, elaun guru jadi keutamaan – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN pendidik merupakan kelompok penjawat awam yang akan diberikan keutamaan oleh kerajaan dari aspek kenaikan gaji dan elaun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara ini hanya akan dilaksanakan sekiranya pendapatan dan hasil negara bertambah baik.

Ujar beliau, ini kerana kerajaan sedar kadar gaji dan elaun beberapa kelompok penjawat awam tidak mencukupi termasuk polis, tentera dan guru.

“Kita akan usahakan supaya kedudukan ekonomi lebih mantap dan hasil bertambah.

Advertisements

“Saya telah umumkan keutamaan adalah untuk penjawat awam dan guru, termasuk polis dan tentera kerana kita sedar elaun dan gaji mereka tidak mencukupi, sepatutnya kita beri layanan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Masyarakat Bersama Polis peringkat Parlimen Tangga Batu, Melaka hari ini. 

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerima tambahan peruntukan RM2 bilion berbanding tahun sebelumnya dalam Belanjawan 2023 dengan tumpuan diberikan kepada isu sekolah daif, kemudahan asas dan infrastruktur sekolah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan