26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kalimah Allah: Wanita UMNO desak kerajaan tegas

Mesti Baca

WANITA UMNO hari ini mendesak Kerajaan Perpaduan agar tegas dalam menangani isu-isu sensitif termasuk isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam.

Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, isu-isu sensitif sebegitu perlu
diperhalusi dan ditangani secara berhemah.

Beliau berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan perlulah dibuat secara berhati-hati demi menjaga keharmonian masyarakat majmuk serta kemuliaan agama Islam.

“Wanita UMNO Malaysia ingin menegaskan juga bahawa kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan yang boleh mencemarkan kemuliaan Islam sebagai agama rasmi di negara ini,” katanya dalam kenyataan ringkasnya hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan telah memfailkan notis menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan tidak perkataan lain untuk tujuan pembelajaran.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan bahawa KDN dan kerajaan memfailkan notis penamatan itu pada 18 April.

Notis tersebut menyatakan bahawa KDN dan kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos.

Advertisements

Keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin UMNO yang menuntut KDN serta kerajaan memberikan penjelasan lanjut berhubung keputusan itu.

Antara yang melahirkan rasa tidak puas hati itu ialah Ketua Pemuda UMNO, Dr Mohamad Akmal Saleh.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, isu tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan esok.

“UMNO akan kekal terus berjuang menegak dan mempertahan Islam sebagai Agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Menteri-menteri UMNO akan membangkitkan perkara ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada esok hari,” katanya.

Isu penggunaan kalimah Allah bermula pada 2008 apabila apabila Lawrence Bill memulakan permohonan kebenaran semakan kehakiman supaya lapan cakera padat (CD) yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dikembalikan kepadanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan