27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Ini bukan berita gembira ditunggu oleh guru – Anuar

Mesti Baca

BERITA gembira untuk golongan pendidik yang diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-52 hari ini tidak seperti diharapkan.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, ini kerana inisiatif yang diumumkan itu bukanlah ‘berita gembira’ yang ditunggu-tunggu oleh golongan pendidik.

Sebaliknya, beliau memberi contoh berita gembira yang dibayangkan oleh para guru sebagai penghargaan sempena Hari Guru yang disambut di seluruh negara setiap 16 Mei setiap tahun.

Berikut contoh ‘berita gembira’ yang dibayangkan oleh para guru yang disenaraikan oleh Anuar.

  1. Semua bilik guru disediakan penghawa dingin serta disediakan meja dan ruang kerja yang sesuai. Ini akan meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan guru untuk bekerja.
  2. Kemudahan pinjaman peribadi yang khusus untuk guru-guru dengan kadar faedah pinjaman yang paling minima.
  3. Cuti guru (cuti sekolah dan cuti hujung minggu) tidak ‘diganggu’ dengan arahan pentadbir sekolah dan daerah.
  4. KPM akan sediakan peruntukan supaya semua sekolah menyediakan kemudahan bilik cetak untuk kegunaan guru-guru mencetak, membuat salinan fotostat untuk tujuan pembelajaran murid. Pencetak dan kertas disediakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.
  5. Guru-guru yang membawa murid-murid keluar dari sekolah untuk tujuan aktiviti atau pertandingan akan disediakan kereta/van sewa bersama pemandu.
  6. Hadiah Latihan Persekutuan untuk guru-guru ditambah bilangannya untuk guru-guru melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan PhD.
  7. Disediakan pembantu guru bagi kelas yang mempunyai 40 murid dan ke atas.

“Ini contoh-contoh berita gembira yang diharapkan oleh para guru…,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini. – Edisi 9

Terkini

Stadium Shah Alam diroboh selewatnya November – Amirudin

STADIUM ikonik di Selangor, Stadium Shah Alam dijadual akan dirobohkan pada akhir tahun ini, selewat-lewatnya awal November depan. Menteri Besar...

Lagi Artikel Berkaitan