27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

KPM sedia 10 inisiatif termasuk Program Cuti-Cuti Cikgu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KHABAR baik buat golongan pendidik apabila Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 10 prakarsa atau inisiatif termasuk Program Cuti-Cuti Cikgu sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-52 tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bertujuan bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban yang ditanggung guru.

Katanya, menerusi inistiatif Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik, golongan pendidikan bakal menerima pelbagai kemudahan yang disediakan hasil daripada kerjasama pelbagai pihak.

“Program ini ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Tourism Malaysia), Kementerian Pengangkutan Malaysia, Airasia, Traveloka dan Bank Rakyat.

“Selain menghargai sumbangan guru menerusi peluang pakej percutian menarik, inisiatif ini turut dapat mempromosikan destinasi pelancongan dan merancakkan ekonomi negara,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran sambutan itu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.

Fadhlina berkata, antara inisiatif lain adalah memperkasakan pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan khususnya bagi mengatasi isu kekosongan guru dalam mata pelajaran kritikal.

Selain itu, kata beliau, kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi KPM, sambutan Hari Guru tahunan sambut di peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja serta perluasan sekolah Komprehensif K9 dengan penambahan 10 buah sekolah lagi.

Selain itu, inisiatif lain ialah berkaitan lawatan sekolah pada hari persekolahan, perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah, mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia, mempertingkat peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dan penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan