26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Cuaca panas: Darurat? Belum lagi, tapi kerajaan bersedia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersedia mengisytiharkan darurat sekiranya keadaan gelombang haba dan cuaca panas akibat Fenomena El-Nino semakin membimbangkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengisytiharaan itu dengan menggunakan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20.

“Bagaimanapun buat masa ini kerajaan tidak bercadang berbuat demikian. Darurat? Belum lagi tetapi kita sudah bersedia.

“Kita gunakan arahan No. 20 MKN sebagai melaksana langkah-langkah untuk mengatasinya.

“Kita pakai arahan No. 20…kita sedang memantau (gelombang haba) 24 jam sehari kalau ada darurat kita akan buat pengumuman. Buat masa ini belum lagi,”katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian sama ada kerajaan akan mengisytiharkan perintah Darurat berikutan gelombang haba yang melanda negara ketika ini.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, Ahmad Zahid berkata pembenihan awan akan dilakukan segera bagi meningkatkan paras air di tujuh empangan.

Advertisements

“Tujuh kawasan itu membabitkan Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Simi Lajau di Sarawak.

“Kita menumpukan kepada tujuh kawasan yang dijangka paras air menurun dan ini akan menyebabkan bekalan air terjejas.

“Walaupun arahan segera untuk melaksanakan proses itu sudah dikeluarkan, ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk awan, angin dan cuaca.

“Sehubungan itu beberapa pelan tindakan segera telah diputuskan. Antaranya keperluan untuk melaksanakan pembenihan awan yang akan digerakkan oleh Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM, pembentukan Jawatankuasa Khas Rakan NADMA dan beberapa tindakan segera yang lain,”katanya.

Ujarnya, petang ini beliau akan terus ke Sungai Muda serta Sungai Kedah untuk melihat sendiri keadaan di sana dan mengambil tindakan segera iaitu dari segi pembenihan hujan.

Semalam, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap satu untuk lapan daerah di Semenanjung Malaysia selepas suhu harian di sana berlegar antara 35°C dan 37°C sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Daerah tersebut ialah Pekan, Bera dan Rompin di Pahang; Segamat dan Muar di Johor; Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan; dan Padang Terap di Kedah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan