29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pasukan khas suntik semangat belajar S&T – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) diminta menubuhkan satu pasukan khas bagi menyuntik semangat pelajar supaya meminati dan belajar subjek sains dan teknologi (S&T).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana menerusi kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan kanak-kanak khususnya di luar bandar kurang meminati subjek berkenaan.

“Saya telah minta Menteri Pendidikan adakan pasukan khas untuk mencari jalan menyuntik semula semangat anak-anak supaya (bukan sahaja) dididik sebagai manusia tetapi juga diberikan bimbingan tentang cabaran dan disiplin baharu dalam bidang teknologi dan sains.

“Kerana daripada kajian awal, minat anak-anak terutama di desa, pedalaman dan miskin bandar itu dalam bidang sains dan teknologi juga merosot. Ini cabaran bagi kita dan negara yang menuju ke bidang teknologi hijau (serta) kereta elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Advertisements

Sambutan kali ini turut menobatkan Datuk Dr. Nuinda Alias sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2023 manakala bagi Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023 pula dianugerahkan kepada Datuk Mazlan Mohamad.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Timbalannya, Lim Hui Ying serta ribuan guru dari seluruh negara.

Bertemakan Guru Insani Pemangkin Generasi Madani, Menteri meminta golongan pendidikan memberikan masa kepada Kerajaan Perpaduan untuk melonjakkan kembali nama negara.

“Kita angkat negara ini dengan kekuatan bahasanya, sasteranya, budayanya, nilai dan akhlaknya dan teknologinya, diangkat sebagai satu negara hebat di rantau kita.

“Kalau guru-guru ini komited sepertimana saudara lakukan, tingkatkan sedikit, saya percaya masa depan kita akan cerah. Kita ketinggalan lama dalam simpang-siur politik,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan