28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

SPRM diminta buat semakan, pantau pegawai KKD

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk membuat semakan dan pemantauan berterusan ke atas semua pegawai di pejabat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam usaha mengelak berlaku sebarang penyelewengan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, badan penguatkuasa khususnya SPRM bebas bertindak dalam melaksanakan tugas.

“Saya meminta SPRM (buat) semakan ke atas semua pegawai saya untuk pastikan tidak berlaku kecurangan.

“Sekiranya ada yang diambil tindakan (oleh SPRM), kita juga akan ambil tindakan.

Advertisements

“Setakat ini tiada siasatan dan tidak berlaku apa-apa perkara tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tahun 2022 di hari ini.

Pada Sabtu lepas, Fahmi dan Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan dakwaan pegawai mereka sedang disiasat SPRM.

Mereka masing-masing menyifatkan dakwaan itu adalah palsu dan fitnah yang jahat terhadap kedua-dua kementerian itu.

Mengenai dakwaan itu, Fahmi berkata tohmahan bersifat jahat itu sememangnya mencalar imej beliau serta pejabat menteri dan fitnah sedemikian perlu ditangkis dengan pihak yang memfitnah diheret ke muka pengadilan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan