26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jawatankuasa Khas Darurat persembah laporan kepada Agong

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jawatankuasa Khas Bebas Darurat telah melaksanakan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli jawatankuasa itu, Anthony Loke memberitahu, kali terakhir jawatankuasa tersebut bermesyuarat adalah dua minggu lalu dan perkara yang diputuskan itu telah dipersembahkan kepada Agong.

“Ingin saya tegaskan di sini, tugas jawatankuasa ini adalah untuk menasihati Agong bukannya kerajaan. Kita tidak melaporkan kepada kerajaan tetapi terus kepada Agong.

“Apa yang diputuskan oleh jawatankuasa ada pandangan kita sendiri, jadi terpulang kepada Agong. Kerja kita adalah adalah menasihati Agong,” katanya seperti dilapor Astro Awani, hari ini.

Anthony Loke bagaimanapun tidak mendedahkan kandungan laporan tersebut kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Perincian lanjut mengenai laporan itu kena tanya Tun Arifin Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021),” ujarnya.

Bagaimanapun, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban menjelaskan ia terpulang Arifin sama ada mendedahkan laporan itu atau sebaliknya.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 itu ditubuhkan pada Februari lalu mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Keanggotaannya terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh pendidikan, wakil dewan perniagaan, keselamatan, pentadbiran awam serta mufti.

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan