26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Ketepikan hal politik, perlu bersatu padu hadapi pandemik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Semua pihak diseru untuk kekal bersatu padu dan mengetepikan hal-hal politik yang berlainan ideologi bagi memantapkan perpaduan dan kestabilan ketika negara berdepan dengan situasi pendemik COVID-19. 

Itu menjadi harapan dan aspirasi beberapa lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap situasi negara kini. 

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Prihatin Kota Tinggi (Perkap), Mazlin Alias berkata, pihaknya berpendirian teguh untuk terus mengukuhkan gabungan parti dalam Perikatan Nasional dan sentiasa berfikiran terbuka menyokong aspirasi kerajaan bagi memastikan negara dapat menangani ancaman pendemik COVID-19. 

“Dalam masa sama, berdiri teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan menyelar cubaan pihak pembangkang di Dewan Rakyat yang ingin menggulingkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Sehubungan dengan itu, kami menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengetepikan hal-hal politik yang berlainan ideologi bagi memantapkan perpaduan dan kestabilan ketika negara berdepan dengan situasi pendemik COVID-19. 

“Perkap juga berharap agar rakyat bertenang dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Bagi Pertubuhan Kebajikan Bidadari Prihatin Kluang pula, pihaknya menyeru kepada semua rakyat dan kepimpinan parti dari kerajaan mahupun pembangkang supaya memberi tumpuan kepada usaha menangani penularan COVID-19. 

Pengerusinya, Zaiton Md Akib berkata, dalam keadaan pendemik COVID-19 yang semakin mencabar ini ditambah pula dengan tekanan politik yang cuba mengganggu gugat usaha kerajaan melawan COVID-19, wajar usaha memerangi wabak ini diberi keutamaan.

“Oleh itu kami menyeru semua pihak agar mengetepikan segala kepentingan politik pada masa ini dan bersatu padu dalam mengekalkan kesejahteraan negara dan dan taat setia kepada Yang di – Pertuan Agong Al Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah.

“Sebagai sebuah pertubuhan kebajikan yang mementingkan kebajikan rakyat dan kestabilan negara kami berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan memberi ancaman kepada kestabilan politik tanahair kerana kami mahukan kesejahteraan rakyat dan negara. 

“Justeru, kami berdiri teguh bersama kepimpinan Kerajaan PN yang memberi fokus kepada menangani pendemik COVID-19 dan membaikpulih ekonomi negara,” katanya. 

Pandangan yang sama turut dipersetujui Persatuan Suri Prihatin Pagoh yang menyeru semua lapisan rakyat menyokong usaha kerajaan dalam menangani penularan virus dan membantu rakyat yang kini di dalam kesempitan hidup.

“Kami juga menyeru agar semua lapisan rakyat mengetepikan segala kepentingan politik pada masa ini dan bersatu padu dalam mengekalkan kesejahteraan negara. 

“Justeru itu kami berharap seluruh rakyat dapat bersatu padu dan berdoa agar kita berjaya melawan COVID-19 dan membina kembali ekonomi negara yang lebih kukuh dan cemerlang serta memupuk suasana politik yang lebih stabil dan saksama kepada seluruh rakyat Malaysia,”katanya. â€“ Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan