24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini ditangguh

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sidang khas Dewan Rakyat pada 2 Ogos ini ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan itu.

Menurut beliau, penangguhan itu adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19.

Advertisements

“Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19.

“Oleh itu, saya diarahkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk mengemukakan pemberitahu ini kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa Dewan Rakyat tidak bersidang pada Isnin, 2 Ogos 2021,” katanya dalam surat yang diedarkan kepada semua Ahli Parlimen, hari ini.

Nizam Mydin berkata, pemakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan