24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Aaron Chia-Wooi Yit raih pingat pertama negara

Mesti Baca

MALAYSIA akhirnya meraih pingat pertama di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yit hari ini.

Aaron-Wooi Yik mengambil masa 52 minit untuk menundukkan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo.

Ia sememangnya perlawanan sengit dalam set pertama dengan kedua-dua beregu bersungguh-sungguh mendapatkan mata sebelum Aaron-Wooi Yik mendahului 11-9 sebelum perlawanan direhatkan sebentar.

Selepas perlawanan disambung semula wakil Indonesia itu kemudian beraksi dengan agresif dan mendahului 12-9 serta mengekalkan penguasaan mereka sehingga menamatkan set pertama dengan 21-17.

Kemenangan Aaron Chia-Wooi Yik kali ini sekali gus membalas dendam kekalahan mereka ketika mereka bertemu di peringkat Kumpulan D Isnin lalu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasangan muda negara itu kerana mpingat yang amat diharap serta dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan tanah air.

Advertisements

Beliau berkata, pingat gangsa yang diraih itu tentunya mampu menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada atlet-atlet lain untuk memburu kilauan pingat seterusnya.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasangan Aaron Chia-Wooi Yik, serta barisan kejurulatihan atas sumbangan pingat sulung buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo ini.

“Buat pasangan muda kita ini, teruskan usaha dan berjuanglah demi negara. Anda telah membuktikan yang negara boleh menaruh harapan kepada anda. Tahniah, anda kebanggaan Malaysia!,” katanya.

Turut tidak ketinggalan menyampaikan ucapan tahniah ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata, pastinya kejayaan menewaskan pasangan beredua ranking kedua dunia itu membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Bukan mudah untuk berhadapan dengan lawan yang berpengalaman lebih-lebih lagi ini merupakan penampilan pertama pasangan beregu negara ini ke Olimpik.

“Teruskan usaha. Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar untuk mencipta lebih banyak kegemilangan demi Malaysia,” katanya menerusi ciapan di twitternya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan