27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tiada keperluan bahas Ordinan Darurat – Vigneswaran

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tiada keperluan untuk membahaskan Ordinan Darurat kerana undang-undang itu akan terbatal sendiri selepas 1 Ogos 2021, kata bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran.

Vigneswaran berkata, perbahasan mengenai Ordinan Darurat, sekiranya diteruskan, akan mengambil masa yang sepatutnya digunakan oleh wakil-wakil rakyat untuk membantu kerajaan menangani isu-isu semasa.Menurut beliau, sidang khas Parlimen kali ini bertujuan membahaskan mengenai rancangan pemulihan COVID-19 dan menetapkan arahan lebih lanjut untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan wabak tersebut.

“Telah diputuskan tidak ada usul atau resolusi yang akan dipertimbangkan dalam sidang ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Vigneswaran menambah, sejak Ordinan Darurat dikuatkuasakan, negara telah mengalami ketidakstabilan politik dan ekonomi yang menjejaskan kehidupan.

Beliau berpandangan, pembukaan semula Parlimen pada 25 Julai lalu telah memberi peluang kepada untuk menyusun semula proses pemulihan negara yang sebelum ini tergendala.

Advertisements

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Seri Paduka turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen,” kata beliau. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan