32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

9 lokaliti seluruh negara bawah PKPD mulai Isnin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan lokaliti seluruh negara, masing-masing tujuh di Sabah dan dua di Pahang selama dua minggu bermula Isnin ini.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata PKPD di Sabah meliputi lima lokaliti di Kota Kinabalu dan dua lokaliti di Beaufort, manakala PKPD di Pahang membabitkan dua lokaliti di Rompin.

“Lima lokaliti di Kota Kinabalu dikenakan PKPD ialah Lorong Kuala Laut, Likas; Kampung Warisan; Kampung Darau, Menggatal; Kampung Rakyat Baru dan kuarters pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom.

“PKPD di Beaufort pula membabitkan Kampung Melulugus dan Lorong 3, Kampung Klias Baru, manakala PKPD di Rompin membabitkan Bandar Melati dan Ladang Senang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hishammuddin yang mengetuai Kluster Keselamatan berkata, tempoh PKPD lima lokaliti di Kota Kinabalu dilaksanakan mulai Isnin hingga 14 Ogos ini manakala tempoh PKPD di empat lokaliti di Beaufort dan Rompin dilaksanakan bermula Isnin ini hingga 15 Ogos.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, kerajaan hari ini turut memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKPD di Pos Iskandar, Bera, Pahang dan Kampung Tinusa 2, Sandakan, Sabah yang sepatutnya tamat esok.

“Tempoh PKPD di dua lokaliti itu akan disambung dua minggu lagi bermula Isnin ini hingga 15 Ogos.

“Pelanjutan PKPD diputuskan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di kedua-dua lokaliti terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai PKPD, Hishammuddin berkata, MKN turut menamatkan PKPD di 14 lokaliti di Sarawak, Pahang, Sabah, Kedah dan Negeri Sembilan, esok.

Katanya, PKPD ditamatkan di Kampung Emperoh Nyiru Grait, Kuching, Sarawak dan Kuala Medang, Lipis, Pahang.

Beliau berkata, di Sabah, PKPD ditamatkan di Apartmen Seri Maju, Kota Kinabalu; Kampung Simpangan, Kota Marudu; QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV, kuarters pekerja Onika Kuari, Tawau dan Taman Zifa, Bingkul, Beaufort, Sabah.

“Tiga lokaliti di Kuala Muda, Kedah turut ditamatkan PKPD iaitu Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Taman Lembah Permai dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang termasuk Taman Cahaya PKNK.

“Selain itu, PKPD empat lokaliti di Rembau, Negeri Sembilan turut ditamatkan iaitu Taman Chembong Utama; Taman Chembong Jaya dan Taman Sedia Raja di Mukim Chembong serta Taman KSNS di Mukim Pedas,” katanya.

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan