Monday, July 20, 2026

Saya sedia kembali berjuang untuk UMNO – Hishammuddin

Jika ikhlas pendirian pucuk pimpinan parti untuk menarik balik penggantungan, beliau akan kembali dan terus berjuang demi parti UMNO.

Mesti Baca

BEKAS Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kesediaannya untuk kembali berjuang bersama UMNO sekiranya penggantungan beliau sebagai ahli ditarik balik.

Malahan Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau tetap setia dengan UMNO dan tidak pernah keluar daripada parti itu walaupun digantung keahlian selama tiga tahun.

“Tiga tahun digantung, saya juga tidak pernah serang parti. Sebelum ini Majlis Tertinggi telah membuat keputusan untuk menggantung saya. 

“Jadi jika ikhlas pendirian pucuk pimpinan parti untuk menarik balik penggantungan terhadap diri saya, saya akan kembali terus berjuang demi parti UMNO,” katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempelawa semua bekas ahli yang dipecat dan digantung keahlian untuk kembali ke pangkuan parti tanpa syarat.

Beliau berkata, parti itu juga mempelawa mana-mana individu yang mahu bersama Rumah Bangsa agar menyertai UMNO.

Katanya, bulan yang mengajak umat Islam bermuhasabah, memperbaiki hubungan dan memperkukuh ukhuwah.

“UMNO melihat kesempatan ini sebagai waktu terbaik untuk mempertautkan kembali tali perjuangan parti,” katanya baru-baru ini.

Hishammuddin yang juga Bendahari BN sebelum ini digantung keahlian parti selama enam tahun kerana didakwa menjadi dalang menggerakkan Ahli Parlimen gabungan itu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO didakwa sering membelakangkan parti, termasuk bertindak menyokong Perikatan Nasional (PN) dan isu SD itu membawa kepada keputusan parti menggantung beliau. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan