32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Pembangkang usah menangguk di air keruh – Mahdzir

Mesti Baca

PADANG TERAP – Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa semua ahli politik khususnya pembangkang agar tidak menangguk di air keruh berhubung isu membabitkan kerajaan dan institusi diraja.

Naib Presiden UMNO itu berkata, ini bagi mengelak situasi yang sedang berlaku hari ini terus berpanjangan.

Sebaliknya beliau berkata, semua ahli politik seharusnya berganding bahu menangani isu berkaitan pandemik COVID-19 dan membantu memulihkan ekonomi rakyat yang terjejas ketika ini.

“Mana-mana pihak tidak wajar mengambil kesempatan atas situasi ini dan cuba menangguk di air keruh serta membiarkan krisis ini berpanjangan.

“Sepatutnya apabila tahu apa sedang berlaku, kita buat sesuatu yang boleh menjadikan keadaan kembali baik dan tumpu urusan menyelesaikan masalah pandemik dan isu berkaitan rakyat,” katanya.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap bercakap kepada media selepas melakukan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) hari ini.

Baca juga:   Wan Saiful patut nasihat pemimpin Bersatu terlebih dahulu

Tambahnya, semua pihak tidak sepatutnya membiarkan krisis tersebut berlarutan dan perlu menggembleng tenaga dan usaha dengan penuh komitmen bersama kakitangan kerajaan serta barisan hadapan.

Mengulas lanjut isu panas situasi politik negata sekarang, Mahdzir berkata, beliau dan Ahli Parlimen UMNO secara keseluruhan sentiasa akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong dalam apa juga situasi yang berlaku di negara ini.

“Kita akur dengan titah Tuanku kerana ia adalah asas kepada perjuangan UMNO yang turut terkandung dalam Perlembagaan UMNO iaitu parti menjunjung institusi diraja.

Baca juga:   Wan Saiful patut nasihat pemimpin Bersatu terlebih dahulu

“Keutamaan kita hari ini adalah bagaimana kerajaan dan ahli politik boleh memastikan krisis dan urusan berkaitan pandemik dapat digembleng penuh komitmen bersama kakitangan kerajaan serta barisan hadapan,” katanya.

Berikutan itu, jelas Mahdzir, terdapat kewajaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipertahankan seperti yang diputuskan secara bersama pada pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Khamis lalu. – Edisi 9

Terkini

Malaysia miliki pakar tempatan bantu tadbir urus ekonomi negara

MALAYSIA mempunyai ramai pakar ekonomi tempatan sebagai mekanisme sokongan dalam mengurus tadbir perjalanan ekonomi negara, kata Menteri di Jabatan...

Lagi Artikel Berkaitan