32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Mantap ciri keselamatan, PADU wajar guna AI sepenuhnya

Mesti Baca

SISTEM Aplikasi Pangkalan Data Utama (PADU) yang baru dilancarkan semalam perlu diberi penambahbaikan termasuk mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya bagi memantapkan lagi ciri keselamatannya.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, berkata langkah terbabit bagi memastikan segala bentuk kemungkinan pencerobohan data atau penyalahgunaan sistem dapat dielakkan, sekali gus mengawal subsidi secara lebih cekap.

“Dalam kemajuan digital hari ini, intervensi manual seperti cap ibu jari, imbas anak mata, titik muka dan lain-lain wajib diguna pakai untuk mengakses atau log masuk sesuatu sistem.

“Ia kerana kebanyakan sistem atau apa-apa aplikasi yang berada di pasaran dikawal menggunakan kata laluan (password) bagi mengakses atau log masuk sistem termasuk sistem PADU.

“Namun ia kelompongan yang boleh membuka tirai penyalahgunaan sistem terutama kalangan warganegara yang bukan celik teknologi maklumat (IT) atau ‘IT savvy’, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan lain-lain, boleh mengakibatkan pencerobohan data berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Sistem PADU iaitu pangkalan data sosioekonomi yang menggabungkan maklumat pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bertujuan mengelakkan keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan.

Ia dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

Advertisements

Gulam Muszaffar berkata, isu penyalahgunaan sistem sangat berbahaya jika tidak disekat atau dibanteras awal serta dikhuatiri menyebabkan pencerobohan data berlaku.

“Lihat saja permohonan dan pembaharuan pasport, wujud terlalu ramai ejen atau ulat yang menguruskannya dengan bayaran tambahan dikenakan.

“Ini pasti akan membuka pintu kepada kebanjiran ‘scammer’, penjualan atau penyalahgunaan data yang amat merugikan rakyat serta menyebabkan bilion ringgit lesap.

“Kasihan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kerisauan dan senario ini perlu diambil kira secara serius.

“Dari satu sudut mungkin baik (mengawal subsidi) tetapi dari sudut yang lain membahayakan (akibat scammer),” katanya.

Dalam pada itu, beliau bimbang kewujudan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh.

“Walaupun kerajaan menegaskan tiada pihak ketiga atau lantikan mana-mana ejen untuk hal ini, saya percaya masalah ini pasti wujud kerana ia semua membabitkan ‘dolar (ringgit) dan sen’ yang akan memberi keuntungan kepada segelintir pihak,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan