28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sah, RTM siar secara langsung Piala Asia – Fahmi

Mesti Baca

SAH! RTM akan menyiarkan secara langsung Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar mulai 12 Januari ini.

Pengesahan itu dibuat Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam sidang media, hari ini.

Ia sekali gus menjawab persoalan dibangkitkan ramai peminat bola sepak berhubung siaran langsung Piala Asia 2023 apatah lagi melibatkan Harimau Malaya.

Lebih menarik, Fahmi memaklumkan, siaran langsung itu tidak hanya terhad kepada perlawanan membabitkan skuad kebangsaan sahaja tetapi juga melibatkan pasukan-pasukan handalan Asia lain.

“Ada beberapa pihak bertanya sama ada Piala Asia akan disiarkan di RTM. Jawapannya ya akan disiarkan bermula 12 Januari ini. 

Advertisements

“Saya telah mendapat pengesahan daripada pihak berwajib dan Insya-Allah akan disiarkan.

“Jangan risau. Kerajaan akan pastikan kita dapat menonton bukan hanya perlawanan Harimau Malaya tetapi pasukan lain dalam Piala Asia,” katanya. 

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memaklumkan pihaknya sedang mengadakan rundingan berhubung siaran langsung Piala Asia 2023 Qatar di RTM. 

Harimau Malaya yang kini dibimbing Kim Pan-gon layak ke Piala Asia secara merit buat kali pertama selepas 43 tahun.

Malaysia akan memulakan kempen Piala Asia 2023 bertemu Jordan di Stadium Al Janoub pada pagu Selasa 16 Januari sebelum menentang Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada Sabtu, 20 Januari dan Republik Korea di Stadium Al Janoub pada Khamis, 25 Januari 2024. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan