28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kapal peronda luar pesisir pertama diserah kepada KDN

Mesti Baca

KAPAL Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasminya diserahkan oleh pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam majlis yang diadakan pada malam tadi.

Dalam majlis berkenaan, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi telah hadir untuk menerima OPV1 secara rasmi bagi membolehkan ianya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat.

Penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian ini khususnya Kerajaan MADANI kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan ini siap dibina setelah beberapa kali berlaku penangguhan akibat ancaman Covid-19 selain proses membawa masuk peralatan teknikal terkini kapal yang diimport dari negara luar.

OPV1 ini dibina menggunakan rekabentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter dan berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 21 hari tanpa ulang bekal.

Reka bentuk kapal ini bakal menjadikan OPV1 berkemampuan menghadapi laut bergelora sehingga tahap Force 7.

Ia juga mampu melaksanakan tugas-tugas seperti Humanitarian Assistance & Disaster Relief (HADR), bertindak sebagai Kapal Logistik, Kapal Mothership, Kapal Pemerintah, serta menjadi tempat penyimpanan Oil Pollution Equipment.

Advertisements

Turut hadir sama Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin serta Pengerusi THHE, Datuk Ir. Jauhari Hamidi.

OPV1 ini mampu mecapai kelajuan 21 knot serta mempunyai fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter dan bilik tahanan.

Malah ia juga turut dilengkapi dengan peralatan canggih seperti Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Meriam 30mm Smash Aselsan, dua buah bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Dan Fast Interceptor Craft.

OPV1 ini juga didatangkan bersama Radar X dan S Band bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas selain boleh menempatkan 70 orang anak kapal dalam satu-satu masa operasi.

Berdasarkan kehebatan yang ada pada kapal berkenaan, ia diharapkan mampu membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkasakan lagi pengoperasian agensi ini dalam menguatkuasakan undang-undang maritim seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian, OPV1 telah melalui beberapa fasa percubaan termasuk fasa ujian di laut (sea trial) yang dilakukan di Selat Melaka bersama aset-aset Maritim Malaysia yang terlibat dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat pada 28 November lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan