30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pas nafi keluar arahan tidak pertanding jawatan tertinggi

Mesti Baca

TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa Pas mengeluarkan arahan untuk tidak mempertandingkan lima jawatan tertinggi parti itu.

Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak pernah menghalang calon dari mana-mana kawasan untuk memegang jawatan di dalam parti.

“Sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong di beberapa kawasan saya memohon agar mereka (ahli parti) mencalonkan individu lain untuk jawatan sebagai Timbalan Presiden.

“Jawatan adalah suatu amanah yang perlu dipikul seandainya dipilih.

Advertisements

“Berkat kerjasama jemaah, Insya-Allah jemaah ini akan terus diberkati Allah,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat di laman sosial, Facebook.

Terdahulu, 29 September lalu, media melaporkan, tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang dijadual berlangsung bulan depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan