30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Program Usahawan USHAniaga sasar jualan RM10 juta

Mesti Baca

UDA Holdings Berhad (UDA) menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta menerusi pelaksanaan program usahawan USHAniaga yang dianjurkan sempena Karnival UDA 2023, tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Mohd Salem Kailany berkata, jumlah itu melalui pembabitan seramai 500 usahawan di semua empat lokasi program Karnival UDA 2023.

Katanya, empat lokasi terbabit adalah Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Ipoh.

“Kita memberi ruang kepada usahawan dan rakan kolaborasi memasarkan produk serta perkhidmatan mereka secara lebih meluas.

“Ia juga platform bagi menjejaki, mendekati, membimbing serta mentransformasi usahawan berpotensi dan berdaya saing untuk lebih maju dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.

“Tahun lalu, UDA telah membantu seramai 656 usahawan menerusi penganjuran program sama dengan jumlah nilai jualan yang berjaya dijana sebanyak RM11.72 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival UDA 2023 yang diadakan di Angsana Johor Bahru Mall, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon.

Advertisements

Dalam pada itu, Mohd Salem berkata, pihaknya bakal melancarkan melancarkan produk hartanah baharu iaitu UDA Heights bulan depan.

“Produk berkenaan adalah kediaman dengan reka bentuk moden, luas dan selesa untuk seisi keluarga meliputi rumah banglo dua tingkat dengan keluasan lot 80 × 90 serta rumah berkembar dua tingkat dengan lima bilik tidur.

“UDA juga akan melancarkan projek hartanah teres dua tingkat dan kedai pejabat dua dan tiga tingkat di Bandar UDA Utama pada tahun depan yang akan membantu merancakkan lagi industri pembangunan hartanah di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan yang membeli hartanah semasa program Kempen Hartanah UDA Ria berpeluang menikmati pelbagai hadiah lumayan bermula hampir RM200,000.

“Antara hadiah itu termasuklah pakej percutian, kad Touch n Go, baucar minyak, penginapan di hotel rangkaian UDA, AnCasa Hotels & Resorts serta dua hadiah utama iaitu kereta Perodua Ativa.

“Matlamat utama penganjuran karnival ini adalah untuk merancakkan lagi aktiviti keusahawanan dan sosio ekonomi setempat, sekali gus mempromosi pelbagai rangkaian produk hartanah UDA di seluruh negara,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan diberikan universiti dimanfaatkan?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan