29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Selepas 27 tahun, suspek bunuh Tupac Shakur ditahan

Mesti Baca

SELEPAS 27 tahun berlalu, seorang lelaki didakwa di Las Vegas kerana disyaki membunuh penyanyi rap ternama Hollywood, Tupac Shakur.

Bintang hip-hop itu, yang dianggap sebagai salah seorang penyanyi rap paling berpengaruh sepanjang zaman ditembak mati di bandar Nevada pada September 1996.

Menurut laporan portal SkyNews, penembaknya tidak pernah dikenal pasti dan kes itu mengecewakan pasukan penyiasat serta menarik perhatian orang ramai untuk mengetahuinya.

Pada Jumaat, Juri Besar Nevada mendakwa Duane ‘Keffe D’ Davis berusia 60 tahun atas tuduhan membunuh menggunakan senjata api.

Difahamkan, Davis ditahan pada pagi Jumaat di Henderson, sebelum didakwa di mahkamah.

Sheriff Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, Kevin McMahill, berkata keluarga Tupac menunggu 27 tahun untuk mendapatkan keadilan.

Davis ialah bapa saudara kepada Orlando Anderson, salah seorang pesaing Tupac, yang sudah lama disyaki pihak berkuasa terbabit dalam kematian penyanyi rap itu.

Advertisements

Anderson terbabit dalam pergaduhan kasino yang membabitkan Tupac dan rakan-rakannya pada malam kematian bintang itu.

Bagaimanapun, Anderson menafikan terbabit dalam pembunuhan penyanyi rap berkenaan, dan lelaki itu meninggal dunia dua tahun kemudian dalam satu kejadian tembakan.

Leftenan Jason Johansson, dari Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, menggelar Davis sebagai ‘ketua dan penembak’ kumpulan itu.

Beliau berkata, Davis merancang serangan itu sebagai ‘pembalasan’ atas insiden awal di kasino yang membabitkan Anderson.

“Tidak ada sesiapa yang tahu bahawa insiden inilah yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Tupac Shakur,” katanya.

Tupac ditembak beberapa kali meninggal dunia pada 12 September ketika berusia 25 tahun. -Agensi

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan