25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Demi peminat, Noah kembali lagi ke Malaysia

Mesti Baca

MENGOTAKAN janji mereka akan kembali lagi ke sini, kumpulan rock nombor satu dari negara seberang, Noah bakal kembali ke Malaysia dalam sebuah pertunjukan istimewa ‘Noah Menemaniku Kuala Lumpur’.

Noah yang dianggotai oleh Ariel, Lukman (gitaris) dan David (pemain keyboard) bakal menghangatkan pentas Mega Star Arena pada 11 November ini.

Konsert yang dijangka bermula pada jam 8 malam itu dibawakan oleh YOLO Malaysia.

Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah berkata, atas kejayaan konsert ‘NOAH Live In KL’ tahun lalu dengan kehadiran lebih 2,500 penonton bukan sahaja dari Malaysia, bahkan Singapura, Brunei dan juga Indonesia, serta jualan tiket yang ‘sold-out’ dalam masa kurang dua jam, mereka bawakan Noah sekali lagi tahun ini seperti yang dijanjikan.

“Kerjasama yang terjalin di antara YOLO Malaysia dan Noah ternyata ‘menjadi’ dan demi memenuhi kehendak peminat yang tidak berpeluang hadir ke konsert lalu, konsert kali ini menyediakan lokasi yang lebih luas bagi menampung lebih ramai penonton dengan pengalaman yang lebih hebat.

“Noah menjanjikan persembahan yang berbeza dengan tema yang berbeza setiap kali membuat persembahan, tambahan pula konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur adalah konsert terakhir mereka di Malaysia sebelum Noah berehat dalam jangka masa yang panjang,” katanya.

Advertisements

Haniff berkata, selain Malaysia Noah juga akan turut beraksi di Kota Singa.

“YOLO Singapura kini sedang dalam rangka menguruskan konsert Noah seterusnya di Singapura yang dijangka berlangsung sebelum penghujung tahun ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia Hamka Mohd Taufik berkata, Noah dijangka akan mempersembahkan lebih dari 20 buah lagu kesemuanya.

Ini termasuk lagu-lagu baharu ciptaan mereka dengan diiringi beberapa pemain muzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

“Selain itu, susunan muziknya juga turut diperbaharui yang menjanjikan kelainan dan tidak pernah didengari sebelum ini, ditambah pula dengan konten visual yang istimewa demi kepuasan pengalaman muzik yang sebenar,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan