29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Penyeludupan barang: 392 individu ditahan sejak Januari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 392 individu termasuk 74 warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyeludupan barangan tidak bercukai kastam dan penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi di seluruh negara.

Ini membabitkan 165 serbuan yang dijalankan Wildlife Crime Bureu/ Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dari Januari hingga Oktober tahun ini.

Pengarah JKDNKA, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, keseluruhan rampasan menerusi serbuan dijalankan bernilai RM215,565,308.87.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 291 lelaki warga tempatan berumur lingkungan 18 hingga 60 tahun dan 27 wanita tempatan berumur lingkungan 19 hingga 35 tahun.

“Manakala, seramai 64 lelaki warga asing berusia lingkungan 19 hingga 45 tahun dan 10 wanita warga asing berusia lingkungan 30 hingga 36 tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sepanjang Op Tiris dan Op Taring yang dijalankan bermula 10 hingga 20 Oktober lalu, seramai 15 individu ditahan disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel dan sindiket penyeludupan ayam sejuk beku.

Seramai 15 individu ditahan disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel dan sindiket penyeludupan ayam sejuk beku. FOTO:PDRM

Katanya, dalam tempoh tersebut, empat serbuan Op Tiris dan lapan serbuan Op Taring telah dijalankan berikutan risikan yang dijalankan dan mendapati sindiket terbabit bergiat aktif di seluruh negara.

Katanya, melalui Op Tiris yang melibatkan penyelewengan diesel, seramai 12 individu termasuk seorang warga Myanmar ditahan berumur lingkungan 20 hingga 48 tahun.

Advertisements

“Keseluruhan rampasan bernilai RM1,468,321 dan kes disiasat di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Manakala Op Taring membabitkan penahanan tiga individu warga Indonesia termasuk dua wanita lingkungan umur 26 hingga 36 tahun.

“Turut dirampas sebanyak 54,515 kota mengadungi pelbagai jenis makanan sejuk beku, 144 paket gula pasir (1kg) dengan nilai mencecah RM14,121,465,36. Kes berkenaan disiasat di bawah Enakmen Haiwan 2015 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,”katanya.

Mengulas lanjut, Hazani berkata, kesemua operasi berjaya mengekang dan memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi serta sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku yang bergiat aktif di seluruh Malaysia.

Ujarnya, PDRM melalui JKDNKA sentiasa komited dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak bercukai kastam dan penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi agar hasil negara sentiasa dilindungi dan dipelihara.

“Operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan