32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Bot nelayan tempatan ditahan gaji pekerja asing

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan jenis pukat gombang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau kerana disyaki menggaji pekerja asing.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, bot tersebut ditahan ketika sedang leka menangkap ikan di kedudukan 4.8 batu nautika barat daya Kuala Gula, Perak pada pukul 12.40 tengah hari, semalam.

“Hasil pemeriksaan menemukan seramai tiga nelayan warga Myanmar termasuk tekong berumur 21 hingga 25 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di bot terbabit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemilik dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Mohd. Najhan Azman berkata, kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri pemilik serta tiada kebenaran penggunaan kru warga asing yang sah oleh Ketua Pengarah Perikanan.

“Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan