30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Masyarakat diminta waspada wakil urus sumbangan Palestin

Ini bagi mengelak daripada terjerat dengan tindakan tidak bertanggungjawab mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan, dan menjadi mangsa scammer

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MASYARAKAT diminta waspada dan menyemak kesahihan wakil yang menguruskan sumbangan bagi solidariti rakyat Palestin.

Ingatan itu diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang berkata, ini bagi mengelakkan orang awam daripada menjadi mangsa scammer.

Menurutnya, dalam perkara itu, masyarakat perlu berwaspada untuk mengelak daripada terjerat dengan tindakan tidak bertanggungjawab mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan.

“Semua lapisan masyarakat yang ingin menyalurkan sebarang bentuk bantuan dinasihat agar menyemak kesahihan wakil menguruskan sumbangan serta mengambil langkah teliti demi mengelak daripada menjadi mangsa.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan meningkatkan pemantauan serta mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak dikesan cuba mengambil kesempatan,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, PDRM juga menasihatkan warga Malaysia agar tidak membuat pergerakan ke kawasan konflik atas faktor keselamatan.

“PDRM juga memantau rapi aspek ini dan telah menggerakkan elemen-elemen berkaitan khususnya cawangan khas dalam memastikan tiada penglibatan rakyat Malaysia yang terlibat sehingga mewujudkan risiko keselamatan diri.

Dalam pada itu, pihak polis juga menggesa rakyat Malaysia untuk menggunakan saluran dan medium aman sejahtera dalam menyuarakan solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel.

“Iringan doa dan sokongan moral rakyat Malaysia merupakan solidariti terbaik kepada rakyat Palestin yang ditindas.

“PDRM akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan atas belas ihsan rakyat Malaysia serta memastikan keselamatan rakyat dalam usaha memberikan sokongan kepada rakyat Palestin,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan