30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Maritim Malaysia patah cubaan seludup syabu, tahan 14 PATI

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup lapan bungkusan mampat serbuk kristal bewarna putih disyaki dadah jenis syabu seberat sembilan kilogram (kg), semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, pihaknya turut menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) sekitar 0.91 batu nautika barat daya Pantai Kelanang, kerana cuba menyeludup keluar dari negara ini.

Beliau berkata, ia susulan satu vesel dalam keadaan mencurigakan telah dikesan di Perairan Tanjung Tongkah.

“Sebuah bot ronda diatur gerak bagi memintas vesel tersebut namun bot terbabit cuba meloloskan diri dan berlaku adegan kejar mengejar hampir 20 minit.

“Terdapat beberapa orang telah bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke hutan bakau Pantai Kelanang sebelum bot berjaya ditahan pada pukul 11.10 malam,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati, bot fiber tanpa nombor pendaftaran itu membawa sembilan wanita dan dua lelaki Indonesia serta tiga lelaki Pakistan.

Advertisements

Katanya, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 27 hingga 50 tahun tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Bot dan kesemua PATI dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan dua beg di dalam bot yang tidak diambil PATI yang mengandungi lapan bungkusan mampat disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran sekitar sembilan kilogram,” katanya.

Mohd. Sharenliza, berdasarkan kenyataan salah seorang PATI, bayaran yang dikenakan untuk satu perjalanan menyeludup keluar dianggarkan sebanyak RM1,700 seorang.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan, Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana membawa masuk atau keluar PATI dan Akta Dadah Berbahaya 1952. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan