29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Belanjawan 2024: Cukai perkhidmatan naik kepada 8 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8 peratus berbanding 6 peratus sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kata Menteri Kewangan itu, peningkatan tersebut tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi supaya tidak membebankam rakyat.

“Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penaja jaminan dan karaoke,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, setelah mengambil kira input pihak-pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang diadakan, kerajaan akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

“Kerajaan turut mempertimbangkan pengecualian Cukai Keuntungan Modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti Initial Public Offering (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka tertakluk kepada syarat ditetapkan,”katanya.

Advertisements

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

Katanya, Malaysia perlu seiring dengan piawaian percukaian antarabangsa khususnya dalam mengekang aktiviti penghakisan asas cukai dan pemindahan keuntungan ke negara yang mempunyai kadar cukai yang rendah.

“Mengambil kira maklum balas daripada industri dan perkembangan terkini antarabangsa, kerajaan dijangka akan melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta EURO.

“Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan cukai minimum global di peringkat antarabangsa,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan