25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Belanjawan 2024: Lebih 450,000 isi rumah terima manfaat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 450,000 rakyat khususnya isi rumah yang berpendapatan rendah, warga emas, kanak-kanak dan Orang Kelainan Upaya (OKU) akan mendapatkan manfaat menerusi peruntukan yang disalurkan menerusi Belanjawan 2024.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Berdasarkan pengumuman Belanjawan 2024, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diperuntukkan sebanyak RM3.52 bilion, merangkumi RM3.25 bilion Perbelanjaan Mengurus dan RM265 juta Perbelanjaan Pembangunan.

“KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembentangan Belanjawan 2024 pada petang tadi yang memperkasakan rakyat melalui Ekonomi MADANI,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan rakyat, Belanjawan 2024 bukan sahaja memberi manfaat tetapi juga meluaskan jaringan perlindungan sosial kepada suri rumah serta penjaga (caregiver) kepada Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.

Katanya, dalam era yang penuh dengan cabaran sosial dan ekonomi, insentif yang diberikan terhadap individu yang mengorbankan masa dan tenaga demi menjaga ahli keluarga atau mereka yang tersayang merupakan satu pengiktirafan oleh kerajaan.

Menurut beliau, berdasarkan pengumuman Belanjawan 2024, sebanyak RM2.4 bilion diperuntukkan untuk bantuan kebajikan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berbanding dengan RM2.2 bilion pada tahun lepas.

Dengan penambahbaikan tersebut, lebih 450,000 rakyat khususnya isi rumah yang berpendapatan rendah, warga emas, kanak-kanak dan OKU akan mendapatkan manfaat.

“Di samping itu, syarat kelayakan bantuan diperluaskan selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198
sebulan.

Advertisements

“KPWKM menyambut baik peruntukkan RM1.2 bilion khas untuk membantu OKU dari segi penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.

“Tambahan pula, mulai tahun depan kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) meningkat daripada RM150
ke RM300.

“Peningkatan ini memberi manfaat kepada lebih 18 ribu pelatih OKU dengan tambahan peruntukkan RM30 juta,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga telah memperuntukkan RM1 bilion untuk memastikan kesejahteraan warga emas. Peruntukkan ini adalah untuk membiayai bantuan tunai serta penyaluran dana bagi institusi penjagaan dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

“Selaras dengan fokus Ekonomi MADANI iaitu meningkatkan penyertaan wanita
dalam tenaga buruh kepada 60 peratus, Belanjawan 2024 telah menyediakan
inisiatif untuk menggalakkan wanita untuk kembali bekerja melalui galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027.

“Selain itu, peruntukkan RM31 juta untuk pewujudan lebih banyak TASKA dan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat kanak-kanak ditingkatkan daripada RM2,400 kepada RM3,000 adalah usaha untuk turut mencapai objektif tersebut.

Ujar beliau, Belanjawan 2024 adalah cerminan kepada usaha kerajaan yang menyeluruh dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia,”katanya.

“Ini terbukti apabila tiada golongan sasar KPWKM iaitu wanita, warga emas, OKU, kanak-kanak dan keluarga yang dipinggirkan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan