31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

9 kapal ronda generasi baharu tingkat kecekapan Maritim

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENAMBAHAN sebanyak sembilan buah kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas menerusi Belanjawan 2024 diyakini dapat mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan kawalan di pintu-pintu masuk antarabangsa.

Berikutan pengumuman itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aset yang bakal ditambah ini merupakan usaha kerajaan dalam menjaga keselamatan sempadan dan perairan negara.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pengumuman berkenaan adalah hasil usaha berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberikan justifikasi yang kukuh tentang keperluan mendesak agensi ini kepada pihak kerajaan seterusnya mengumumkan perancangan perolehan berkenaan pada hari ini.

Advertisements

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan, penambahan aset ini adalah tepat pada masanya kerana keupayaan aset Maritim Malaysia yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar termasuk menjaga keselamatan di kawasan sempadan perairan negara.

“Aset seperti bot dan kapal sedia ada telah usang dan ianya sukar diselenggarakan dengan baik yang boleh mengakibatkan kerosakan lebih besar selain bakal mengundang risiko terhadap keselamatan pegawai serta anggota yang bertugas.

Sehubungan dengan itu beliau berharap melalui peruntukan Belanjawan MADANI yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ ini, dapat melengkapi keperluan agensi secara berfasa.

“Di samping itu, dapat menambahkan kepercayaan masyarakat tentang keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat seiring dengan Nilai Teras Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan sosial dan Keyakinan kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang melakukan perubahan ke arah kebaikan,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan