32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Peningkatan harga IPG berita gembira kepada penoreh getah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGUMUMAN kerajaan untuk meningkatkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3 sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM400 juta sudah pastinya memberikan satu berita gembira kepada penoreh getah yang dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, RISDA yakin dengan adanya peningkatan ini, ianya akan meningkatkan permohonan tanam semula dan perusahaan kebun-kebun getah matang kembali aktif pada tahun 2024.

“Pihak RISDA dan pekebun kecil getah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan atas peruntukan dan sokongan kepada sektor perladangan dan komoditi melalui pembentangan Belanjawan 2024.

“Pihak RISDA amat menghargai inisiatif kerajaan dalam memberikan peruntukan sebanyak RM 90 juta kepada RISDA dan FELCRA untuk menggalakkan pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah ladang mereka.

“Langkah ini akan membolehkan kepelbagaian pendapatan pekebun kecil dan tidak hanya bergantung kepada sumber getah semata–mata,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, selain itu, RISDA menghargai inisiatif kerajaan yang menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta dan RM70 juta untuk memperkasa industri sawit melalui program tanam semula dan kelestarian.

Advertisements

“Ini akan memperkasakan lagi penglibatan syarikat-syarikat di bawah RISDA yang bergiat aktif dalam bidang industri sawit Negara.

“Pihak RISDA juga amat berbangga dengan pengumuman Perdana Menteri berhubung pembangunkan kaedah penggunaan gas stimulan yang dapat meningkatkan pengeluaran getah.

“Melalui peruntukan sebanyak RM10 juta untuk projek rintis ini, ianya bakal memberikan nilai tambah kepada inovasi industri getah negara,”katanya.

Secara keseluruhannya, Noraini berkata, peruntukan sebanyak 2.4 bilion kepada FELDA, FELCRA dan RISDA adalah langkah proaktif yang akan memberi manfaat besar kepada pekebun kecil dalam meningkatkan aktiviti agrikomoditi dan sosioekonomi.

“Kami berharap dengan sokongan dan insentif yang diberikan, sektor perladangan dan komoditi, khususnya industri getah, akan terus berkembang dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi negara,”katanya.

Ujar beliau, RISDA akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan dalam menjayakan setiap inisiatif yang telah dirancang untuk kesejahteraan pekebun kecil dan industri perladangan negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan