26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Hanya 15 peratus pengguna residensi terkesan kenaikan SST

Mesti Baca

HANYA 15.7 peratus atau 1.29 juta pengguna elektrik kategori residensi akan terkesan dengan kenaikan cukai perkhidmatan (SST) daripada 6 peratus kepada 8 peratus bermula esok.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, mereka ialah pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 600kWj dan akan mengalami kenaikan bil bulanan di antara 1 sen sehingga RM45.48.

PETRA berkata, ini kerana cukai perkhidmatan hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600kWj.

“Berdasarkan pengumuman ini, sejumlah 84.3 peratus atau 6.96 juta pengguna kategori perumahan (residential) di Semenanjung tidak terjejas dan masih tidak dikenakan SST,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan reformasi percukaian yang melibatkan kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus berkuat kuasa mulai 1 Mac.

Kenyataan itu berkata, subsidi yang dilaksanakan secara bersasar itu merupakan antara pendekatan kerajaan dalam memastikan subsidi diberikan kepada rakyat yang memerlukan.

Katanya, pengguna disaran untuk merujuk kepada bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan.

Advertisements

Selain itu, katanya, pengguna juga boleh menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik yang dapat dicapai melalui laman sesawang myelectricitybill.my no.

“Semua pengguna adalah digalakkan untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah melalui penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga,” kata PETRA.

PETRA turut menyenaraikan beberapa cara mudah yang boleh dilakukan pengguna untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Ini termasuk membeli atau menggantikan peralatan elektrik di rumah dengan menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai penarafan 5 atau 4 bintang.

Ini supaya ia dapat memberi lebih banyak penjimatan tenaga elektrik, serta melaksanakan penyelenggaraan secara berkala mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Selain itu, pengguna boleh memanfaatkan pemberian e-rebat sehingga RM400 oleh kerajaan melalui program SAVE 4.0 bagi pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga yang mempunyai penarafan 5 atau 4 bintang serta diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan