27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Belanjawan 2024: KPM kekal terima peruntukan tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menerima peruntukan RM58.7 bilion sekaligus kekal penerima tertinggi dalam Belanjawan 2024 berbanding RM55.2 bilion pada 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara pada tahun hadapan.

Jelas beliau, ini termasuk RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

“Sebanyak RM1 bilion pula adalah untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah Tamil dan Cina termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme.

“Sebanyak 26 buah sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM2.5 bilion,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini.

Jelas beliau, peluasan syarat itu akan memberi peluang kepada tambahan 35 ribu lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP.

Selain itu, katanya, kerajaan turut bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga tingkatan 3 berbanding sehingga tingkatan 1 sebelum ini.

Menurut beliau, secara keseluruhan, seramai 1 juta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan