32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Belanjawan 2024: Penjawat awam dibayar insentif SSPA RM2,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAYARAN Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bayaran itu akan dilakukan secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Selain itu, bonus ini juga termasuk untuk mereka yang berstatus lantikan kontrak.

Sementara itu, RM1,000 pula diberikan kepada semua jawatan utama sektor awam yang melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Advertisements

“Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.SSPA juga akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut menyarankan majikan swasta untuk mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja swasta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan