27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Agensi penguatkuasa tunjuk komitmen bakal diberi ganjaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju bahawa agensi penguat kuasa yang menunjukkan komitmen berterusan dan prestasi cemerlang akan diberikan ganjaran sewajarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menghargai komitmen agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam meningkatkan usaha penguatkuasaan serta operasi membanteras ketirisan hasil negara.

“Ketangkasan tindakan PDRM membanteras jenayah dan ikhtiar SPRM menggeledah pengamal sindiket kewangan dan kartel perlu dihargai.

“Sebagai langkah dorongan, sukacita saya bersetuju agensi penguat kuasa yang menunjukkan komitmen berterusan dan prestasi cemerlang akan diberikan ganjaran sewajarnya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, mulai 1 Januari 2024, Kerajaan akan memperketat langkah kawalan penyeludupan dan memperluas kepada produk minuman keras.

Advertisements

“Langkah kawalan penyeludupan rokok umpamanya telah menyumbang kepada penurunan peratus rokok tidak sah di pasaran tempatan kepada 56.6 peratus pada tahun 2022 ketimbang 63.8 peratus pada tahun 2020.

“Memandangkan bilangan rokok tidah sah masih tinggi di pasaran, kerjasama antara agensi akan dipertingkatkan termasuk memperketatkan kawalan penyeludupan minuman keras.

“Aktiviti pindah kapal (transhipment) bagi produk minuman keras akan dihadkan di pelabuhan tertentu sahaja.

“Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam akan dijadikan sebagai laluan keluar tunggal bagi wilayah utara.

“Aktiviti import bagi rokok untuk pasaran domestik pula hendaklah dilakukan secara muatan kontena secara penuh (full container load),”katanya.

Ujar beliau, agensi penguatkuasaan akan terus memperhebat usaha sama menangani ketirisan hasil.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan