24.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Terry cuba nasib di Arab Saudi bersama Al-Shabab

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEGENDA Chelsea, John Terry dilapor bakal mengendalikan kelab buat kali pertama dalam karier jurulatihannya apabila ditawarkan menguruskan kelab Arab Saudi, Al-Shabab.

Menurut portal The Sun, Terry ditawarkan jawatan tersebut dua bulan lalu dan persetujuan secara lisan telah dicapai kedua-dua pihak.

Bekas pemain pertahanan berusia 42 tahun itu ditawarkan kontrak selama dua tahun dan lanjutan dua tahun lagi apabila dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Jika segala berjalan seperti dirancang, Terry bakal menyertai seorang lagi bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) di Liga Pro Saudi (SPL), Steven Gerrard yang menguruskan Al-Ettifaq.

Dan ini menjadi kelab pertama diuruskan Terry selepas menjadi pembantu pengurus kepada Dean Smith ketika di Aston Villa dan Leicester City.

Dalam pada itu, Chelsea difahamkan akan memberi pelepasan kepada lagenda kelab itu untuk mencuba nasib di Asia Barat kerana ketika ini Terry bertugas sebagai konsultan di akademi di Cobham.

Al-Shabab bukan empat kelab besar di Arab Saudi yang dimiliki Public Investment Fund (PIF) namun dengan pelantikan Terry menunjukkan pemilik bercita-cita tinggi untuk mencabar kedudukan terbaik.

Untuk rekod, Terry berjaya memenangi lima kejuaraan EPL serta muncul pemenang Liga Juara Juara Eropah ketika bersama Chelsea.

Beliau merupakan satu daripada enam pemain yang melakukan lebih 500 penampilan untuk kelab. – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan