32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Curi kabel elektrik, penagih dadah temui ajal

Mesti Baca

CUBAAN mencuri kabel elektrik tidak berjaya apabila seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun ditemui mati selepas terkena kejutan elektrik.

Leftenan Polis Yutthana Ngamchad berkata, seorang doktor dari Hospital Nong Khai dan pasukan penyelamat Chaba 191 telah dihantar ke tempat kejadian di Daerah Pho Chai di Nong Khai, Bangkok, pada 4 September selepas menerima panggilan daripada saksi kejadian.

Mangsa, Aphitsak adalah seorang penduduk daerah Pho Chai ditemui terbaring kaku menghadap ke bawah dengan pemotong wayar di tangan kirinya yang disambungkan ke wayar elektrik.

Akhbar Sanook melaporkan, punca kematiannya disebabkan oleh kejutan elektrik di telapak tangan kirinya dan dia telah mati tidak kurang dari enam jam ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.

Advertisements

Saksi kejadian, Chatipon berkata, dia adalah orang yang pertama menemui mayat berkenaan ketika memeriksa pam air sekitar jam 7.30 pagi (waktu tempatan).

Lelaki berusia 45 tahun itu menjelaskan bahawa pam digunakan menarik air dari kolam ke menara tangki. Namun, hujan pada tengah malam menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

Dia menemui gulungan wayar elektrik dan mayat Aphitsak yang juga seorang penagih dadah dalam kampung terbabit.

Aphitsak tinggal bersama bapanya dan dia disyaki cuba mencuri wayar elektrik untuk menjualnya bagi membeli dadah. -Agensi

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan