27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Keputusan UA bagi lepasan STPM boleh disemak hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAJAR lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan sijil setaraf boleh menyemak keputusan permohonan ke universiti awam (UA) bagi sesi akademik 2023/2024 mulai hari ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan berkata, keputusan boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari ini sehingga pukul 5 petang, 16 September depan.

Katanya, semakan boleh dibuat menerusi pautan https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my; http://jpt.umt.edu.my atau aplikasi UPUPocket di telefon pintar.

“Pengesahan setuju terima atau tolak tawaran akan bermula pada 8 September (Jumaat) hingga 16 September (Sabtu) melalui laman web UA masing-masing.

“Surat tawaran akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai 8 September (Jumaat) setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” katanya hari ini.

Sebanyak 1,098 program pengajian sarjana muda ditawarkan bagi sesi kali ini.

Advertisements

Terdapat 89,102 tempat disediakan kepada calon lepasan STPM/Setaraf di 20 UA yang melibatkan 72,772 tempat melalui UPUOnline.

Manakala, 16,330 tempat lagi disediakan kepada calon feeder melalui saluran UA masing- masing.

KPT berkata, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.

“Calon yang tidak berjaya adalah dipelawa mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di pautan https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bermula pukul 12 tengah hari, hari ini sehingga 16 September (Sabtu), pukul 5 petang.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan