34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

144,911 lepasan SPM ditawar sambung pengajian

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 144,911 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 79,668 calon telah ditawarkan di universiti awam (UA).

Katanya, seramai 65,243 calon lagi ditawarkan ke Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang menawarkan program pengajian berfokuskan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

“Seramai 61,286 calon lelaki dan 83,625 calon perempuan telah berjaya mendapat tawaran. Kadar kejayaan lelaki adalah 61.7 peratus berbanding perempuan 60.4 peratus.

“Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 14,619 dengan pecahan tawaran iaitu 13,649 bagi kategori B40, 346 orang kurang upaya (OKU), 335 atlet dan 289 Orang Asli,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

UPUOnline mererima sebanyak 239,609 permohonan pelajar lepasan SPM berbanding 237,161 pada sesi lepas dengan jumlah kenaikan sebanyak 2,448 (1.03 peratus).

Advertisements

Sebanyak 500 program pengajian ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 143 peringkat sijil, 47 asasi, 309 diploma dan satu ijazah sarjana muda.

KPT berkata, calon bumiputera yang mendapat tawaran adalah seramai 130,819 (62.6 peratus) daripada jumlah calon yang layak iaitu 208,833 sementara kaum Cina adalah 5,477 (52.4 peratus) daripada jumlah yang layak iaitu 10,447 orang.

Katanya, bagi calon daripada kaum India dan lain-lain, bilangan calon yang mendapat tawaran adalah 8,615 (46.5 peratus) daripada jumlah calon yang layak iaitu 18,525.

“Terdapat seramai 164,028 daripada 403,637 calon yang menduduki SPM 2022 tidak memohon UPUOnline atas beberapa faktor seperti telah mendapat tawaran menyambung pelajaran ke kolej matrikulasi, institut perguruan dan tingkatan enam.

Selain itu, calon turut melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan luar negara atau mendapat tawaran biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan sebagainya,” katanya.

KPT telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline dalam tempoh 10 hari sahaja bermula hari ini sehingga pukul 5 petang, 16 Julai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan