25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Rakyat diingat tidak beli beras secara berlebihan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT diingatkan supaya tidak membeli Beras Putih Tempatan (BPT) secara berlebihan.

Bagaimanpun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bekalan BPT adalah mencukupi setakat ini.

“Petang tadi, saya meninjau bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di Agrobazaar Jalan Kebun, Kota Raja, Selangor.

“Saya ingin mengingatkan kepada rakyat supaya elakkan dari membeli BPT secara berlebihan sebaliknya, belilah mengikut keperluan.

“Insya-Allah bekalan BPT mencukupi untuk semua,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Dalam masa sama, Mohamad berkata, pihak kementerian sedang melaksanakan intervensi untuk jangka masa pendek ketika ini.

“Bagi perancangan jangka masa panjang, penanaman padi dalam skala besar seperti SMART SBB perlu diperluaskan lagi dengan penglibatan pihak swasta dan petani.

“Usaha ini adalah tanggungjawab kita bersama untuk membantu kerajaan mencukupkan bekalan padi dan beras negara,”katanya.

Sebelum ini, Mohamad memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran terjadi kerana berlaku pembelian panik oleh pengguna dan peniaga.

Jelasnya, apabila berlaku kenaikan harga beras import, pengguna akan beralih kepada pembelian beras putih tempatan hingga menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan