27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Laporan nahas Elmina dimuat naik dalam laman web 10 pagi esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan laporan awal nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian selewat-lewatnya jam 10 pagi esok.

Beliau berkata ia selari dengan ramalan dan harapan beliau supaya laporan itu dibentangkan kepada umum sebelum Hari Malaysia 16 September ini.

“Semua fakta (kemalangan) akan ada dalam laporan esok.

“Kita akan memuat naik laporan itu di laman web (Kementerian Pengangkutan) selewat-lewatnya jam 10 pagi esok,”katanya kepada pemberita selepas Sesi Tinjauan Pengoperasian Tren KLAV27 di Stesen LRT Universiti, hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, beliau mengumumkan, laporan nahas yang telah meragut 10 nyawa termasuk lapan penumpang itu akan siap esok.

Laporan tersebut adalah berdasarkan rakaman suara selama 30 minit yang diperoleh daripada ‘memory puck’ dalam perakam suara kokpit (VCR) pesawat berkenaan.

10 individu termasuk pemandu kereta dan penunggang motosikal disahkan maut selepas pesawat itu terhempas pada jam 2.48 petang 17 Ogos lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan