29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

AMK tidak perlu tunjuk hero – Nur Jazlan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) dinasihatkan supaya berhenti daripada berlagak hero dalam kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) mahkamah, baru-baru ini.

Sebaliknya, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, mereka sepatutnya merenung masa lalu kerana ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) digugurkan Peguam Negara (AGC) yang dilantik mereka sendiri pada 2018.

Ujar beliau, pada waktu itu pemimpin AMK juga menjadi ‘boneka bisu’ apabila hanya berdiam diri sewaktu kemungkaran dalam puak mereka berlaku.

“Punya sedap AMK bersilat kononnya pihak AGC seperti sudah dibeli oleh tangan-tangan ghaib.

“Untuk AMK, sebelum ini saya pernah nasihat DAP supaya jaga sensitiviti rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan perkara yang boleh dibincangkan dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan tak perlulah dihebohkan.

Advertisements

“AMK tak payah tunjuk nak jadi hero dalam kes seperti itu kerana mereka kena juga lihat balik track record mereka semasa Kerajaan PH 1.0,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, beliau boleh sahaja bersetuju dengan desakan Naib Ketua AMK, Tyra Hanim Razali yang mahu satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan tentang kes Ahmad Zahid dengan memanggil bekas Peguam Negara untuk berikan penjelasan.

Tetapi katanya, sidang khas Parlimen itu bukan hanya untuk bincang tentang kes Ahmad Zahid sahaja tetapi kena bincangkan juga kes-kes lain babitkan pemimpin DAP dan PKR.

“Kena panggil juga bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk berikan penjelasan.

“Jangan hanya kononnya nak tegakkan keadilan sebelah pihak saja tapi sebelah mata lagi ditutup rapat,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan