27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Ziva akui sukar olah lagu Menanti dengan cara sendiri

Mesti Baca

SINONIM dengan lagu-lagu lama popular yang diberi nafas baharu, Ziva Magnolya kembali dengan single Menanti.

Penyanyi wanita muda berbakat dari Indonesia itu, mengolah semula lagu Menanti yang pernah hits sebelum ini dan dipopularkan oleh Dea Mirella dan Kahitna.

Single Menanti menjadi bahagian kedua daripada projek A+Z The Series yang dimulakan dengan pelancaran lagu Tak Mungkin oleh KIM.

Kini di bawah naungan syarikat rakaman Universal Music Indonesia, lagu berkenaan diberi nafas baharu untuk dijadikan sebahagian daripada rangkaian projek Yovie & His Friends yang disajikan dalam nuansa baru serta versi yang segar, bercampur harmoni dengan karakter vokal Ziva yang khas.

Meskipun pernah dipopularkan lebih dari dua dekad yang lalu, lirik lagu Menanti masih sangat relevan dengan kisah cinta yang terjadi pada zaman sekarang iaitu penantian yang tidak pasti akhirnya.

“Selalu diisi dengan janji-janji tapi pengakhirannnya masih sama dengan yang lain. Kita ini menunggu, tetapi dibiarkan begitu sahaja,” kata Ziva bercerita tentang single terbaharunya itu.

Ziva mengakui mempunyai cabaran ketika mengolah Menanti menjadi sebuah karya baharu dengan ciri khas vokal yang dimilikinya.

Penyanyi yang berasal dari Jakarta ini berkata, menyajikan lagu ‘cover’ yang pernah menjadi hits itu adalah satu cabaran yang besar buat dirinya.

“Bukan mudah kerana lagu ini pernah popular sebelum ini tetapi selepas mencuba sehabis baik, saya jatuh cinta dengan hasilnya,” kata Ziva.

Walaupun suasana lagunya sendu, susunannya kedengaran megah dengan harmonisasi beragam bunyian instrumen.

Advertisements

Tanpa kehilangan gubahan khas muzik aslinya, Ziva mampu memberikan keunikan tersendiri pada lagu Menanti versi baharu itu melalui riff & runs.

Menanti adalah sambungan kepada A+Z The Series yang mengisahkan tentang drama Cinta antara Ziva Magnolya daengan Arsy Widianto.

Muzik video Menanti menjelaskan cerita yang tergantung di muzik video Tak Mungkin oleh KIM yang juga bahagian pertama dari A+Z The Series.

Muzik video Menanti dihasilkan oleh Nocturnal Projects, arahan Jessy Sylviani dan Bobby Adrian V.

Lokasi penggambarannya juga di tempat yang sama dengan video muzik Tak Mungkin nyanyian KIM, iaitu di Korea Selatan.

Daripada segi konsep, muzik video Menanti sengaja diberi sentuhan visual drama Korea, daripada jalan cerita, sehingga ke tona warnanya.

Ending muzik video yang tergantung dalam setiap lagu dari project A+Z The Series dijamin akan membuat penonton tak sabar menanti sambungannya.

Tambahan pula, mata penonton akan dimanjakan dengan keindahan kota berlatar belakangkan Korea Selatan.

Tonton muzik video Menanti di saluran YouTube rasmi Yovie Widianto.

Manakala, lagu ini sudah tersedia di semua platform penstriman digital sejak 11 Ogos yang lalu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan