27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tiada laporan 3R diterima sepanjang tempoh kempen

Namun begitu, sebanyak 131 kertas siasatan dibuka di enam negeri terbabit pilihan raya kali ini dengan 28 kertas siasatan dibuka di Selangor, setakat hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima laporan membabitkan isu 3R iaitu agama, bangsa dan Raja sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay kebanyakan laporan yang diterima adalah membabitkan perbuatan khianat.

“Ia seperti merosakkan poster selain fitnah dan ceramah tanpa permit.

“Namun begitu, sebanyak 131 kertas siasatan telah dibuka di enam negeri terbabit pilihan raya kali ini dengan 28 kertas siasatan dibuka di Selangor, setakat hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, Hulu Kelang, Selangor hari ini.

Dalam pada itu, katanya, situasi di semua pusat pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam keadaan terkawal.

Advertisements

“Saya sempat melawat enam pusat mengundi setakat ini dan keseluruhan proses mengundi berjalan lancar.

“Cuma ada satu insiden dilaporkan di Melawati yang mana ada pengundi yang memakai pakaian lambang parti, namun ia sudah diselesaikan secara baik,”katanya.

Ayob turut mengesahkan insiden di hadapan sebuah Balai Polis di Kelantan, di mana seorang penyokong sebuah parti politik ditarik dan dipukul anggota polis.

“Pada masa ini siasatan kes berkenaan sedang dijalankan dan Polis Kelantan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, seramai lebih 35,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di enam negeri terbabit pilihan raya kali ini termasuk 5,526 daripadanya di Selangor.

Sementara itu, mengulas mengenai persediaan pihak polis di lokasi ‘hotspot’ semasa pengumuman keputusan, beliau berkata, pihaknya sudah bersedia meletakkan pasukan Op Cantas terutama di tempat yang memerlukan perhatian khusus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan