24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024

Jangan muatnaik kandungan unsur kebencian, hina Institusi Diraja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diingatkan tidak memuatnaik atau berkongsi kandungan berbaur kebencian dan penghinaan membabitkan Institusi Diraja di media sosial serta aplikasi pemesejan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menerusi kenyataan berkata, peringatan itu dikeluarkan susulan perkongsian oleh individu tidak bertanggungjawab menyebar kandungan berbentuk penghinaan terhadap Institusi Diraja.

Kata kenyataan itu, MCMC akan membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan Institusi Diraja.

Advertisements

“Sebarang perkongsian kandungan palsu dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan penguatkuasaan bersama polis akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan sekali-kali berbuat demikian dan semua pihak boleh melaporkannya kepada MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan polis,”menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hospital UMS dijangka beroperasi Januari 2026 – Zambry

HOSPITAL Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang kini dalam proses pembinaan dijangka siap sepenuhnya Disember tahun depan dan akan beroperasi...

Lagi Artikel Berkaitan