33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PRK Kuala Terengganu pada 12 Ogos, serentak PRN – SPR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan tanggal 12 Ogos ini sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.036 Kuala Terengganu, serentak dengan pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan ialah pada 8 Ogos.

Beliau berkata, bagi tempoh berkempen, ia ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 29 Julai sehingga 11.59 malam, 11 Ogos.

“Tarikh writ dikeluarkan 18 Julai iaitu hari ini, hari penamaan calon 29 Julai, hari mengundi awal 8 Ogos dan hari mengundi pada 12 Ogos,” katanya adalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK Kuala Terengganu hari ini.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu membatalkan kemenangan wakil Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Advertisements

Ini selepas pempetisyen calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zubir Embong berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada pilihan raya berkenaan.

Pas pada 8 Julai lalu bagaimanapun memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kuala Terengganu sekali gu membatalkan kemenangan mereka.

Abdul Ghani berkata, semua urusan undi pos dalam dan luar negara bagi Parlimen P.036 Kuala Terengganu dibuka semula bermula hari ini.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan adalah yang terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan April 2023 yang dikemaskini 21 Jun membabitkan 123,575 pemilih.

“PRK Kuala Terengganu memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM465,000 sahaja,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan