25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Pendakwaan bertujuan jejaskan saya dalam PRN – Sanusi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan pendakwaan yang dihadapi bertujuan menjejaskan peluangnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pendakwaan tersebut sengaja disegerakan kerana hanya mengambil masa tiga hari siasatan sahaja.

Ujar Sanusi, beliau telah memaklumkan pihak berkuasa bahawa dia akan hadir ke mahkamah pagi tadi namun tetapi ditangkap di sebuah apartment di ibu kota pada pukul 3 pagi.

“Nampaknya di Malaysia tidak boleh bercakap apa-apa. Kalau di medan politik biasanya orang selesaikan masalah politik di medan politik.

“Orang memberikan hujah balas kepada perbalahan tetapi di Malaysia kita ada kerajaan yang takut, dia guna polis untuk tahan ataupun sekat ucapan-ucapan kita. 

“Nampaknya ahli-ahli politik ini telah bankrap menggunakan kuasa pihak berkuasa untuk menyekat kemaraan rakyat,” katanya kepada media selepas proses pendakwaan di Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini.

Advertisements

Menteri Besar Kedah itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin atas pertuduhan berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu turut mengaku tidak bersalah dalam satu lagi pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd. Shalleh.

Muhammad Sanusi berkata, tindakan pendakwaan mahkamah memberikan gambara yang jelas bahawa kerajaan ketakutan ketika ini.

“Saya harap ini adalah satu petunjuk atau petanda mereka sedang dalam ketakutan dan segala apa aparatus negara, agensi awam akan digunakan untuk menyekat perkembangan kehangatan rakyat. 

“Saya harap PRN di enam negeri akan dimenangi PN,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan