34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Pimpinan, penyokong Pas diminta berdoa untuk Sanusi

PAS turut menggesa seluruh pimpinan di semua peringkat, ahli parti , penyokong agar bertenang, mengelak sebarang provokasi atau melibatkan diri dalam provokasi yang sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAS menggesa seluruh pimpinan di semua peringkat, ahli parti serta penyokong terus bermunajat dan berdoa supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar diberikan ketabahan dan berjaya dalam ujian yang sedang dihadapinya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut meminta semua penyokong parti itu berdoa agar Perikatan Nasional (PN) meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang berterusan mendokong kepimpinan beliau dan doakan agar PN akan meraih kemenangan besar dalam PRN kali ini.

“Marilah kita berterusan berzikir dengan zikir Syikh Abu Ala Al Hadrami r.a dalam menghadapi saat kritikal agar doa kita dimaqbul oleh Allah,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, pihak kepimpinan bersama Lujnah Undang-Undang Dan Hak Asasi (Luham) PAS akan membantu Muhammad Sanusi sebaik mungkin.

Serentak itu, beliau meminta pemimpin, ahli dan penyokong PAS bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi.

Advertisements

“PAS turut menggesa seluruh pimpinan di semua peringkat, ahli parti , penyokong agar bertenang, mengelak sebarang provokasi atau melibatkan diri dalam provokasi yang sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pimpinan sedang mengurus kes ini dengan sebaik mungkin bersama pihak Luham serta dokongan pelbagai pihak khususnya para peguam yang sedia membantu Datuk Seri Muhammad Sanusi,”katanya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini, atas dakwaan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Muhammad Sanusi yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Beliau berhadapan pertuduhan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politik.

Sebelum itu, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN ditahan sepasukan polis jam 3 pagi tadi di bilik penginapannya di sebuah hotel di ibu negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan